Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 30 April 2012

boer berkhasiat?

 



Permintaan bagi protein yang bermutu tinggi dengan salah satu pilihan adalah daging kambing Boer yang berkhasiat.

"Bagi mendapatkan daging kambing yang berkualiti, kambing Boer perlu mencapai piawaian yang ditetapkan.

"Antaranya kambing Boer perlu mempunyai banyak daging tanpa mengubah fungsi haiwan berkenaan," katanya.

Di Afrika Selatan, kambing Boer merayau antara 25 hingga 35 kilometer sehari bagi mendapatkan makanan.

Oleh kerana kambing bebas membuat pilihan makanan foraj yang terbaik dari kawasan ragutan semulajadi yang luas maka tumbesaran kambing sangat baik.

Menurut Malan, kambing Boer beliau boleh mencapai berat badan purata 35 kg pada umur tiga hingga empat bulan dan berat sehingga 100 kg apabila berumur setahun.

Beliau berkata, purata kenaikan berat badan harian kambing Boer yang baik boleh mencapai di antara 300 hingga 400 g sehari.

Bagi memulakan ladang stud, penternak tidak memerlukan kambing yang banyak, hanya sekurang-kurangnya 25 ekor betina dan seekor jantan.

Ladang stud akan diperiksa setiap dua tahun bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasanya kambing Boer stud mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bentuk kepala yang maskulin, dada yang bidang, badan yang panjang, paha yang besar dan kaki yang tegap.

[Sumber Berita : Utusan Malaysia ]

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bro Anuar..

    Salam ukhwah n slmt brkecimpung dlm arena penternakan kambing..sme2 brkongsi ilmu n byk bleh dplajari dr rkn2 pntrnak lain.jmput sdra utk mnyertai jemaah kambing kami di blog dbwh..

    http://feral-kk.blogspot.com/

    http://alwigoatfarm.blogspot.com/

    http://kambinghalal.blogspot.com/2012/05/kambing-baru-dari-bidor-dan-babi-hutan.html

    seronok kalu ada rmai kwn2 pntrnak utk brkongsi ilmu dn pnglman mntrnak.Insyaallah sama2 kita brgerak maju dlm industri ini..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Saudara Anuar jangan mudah percaya apa yang ada di akhbar dan tv pasal penternakan. Buat kajian terperimci dan jangan lupa lawat rakan2 lain. Mesti boleh tahu situasi sebenar

      Padam
    2. Hehe, ada orang tukar nama blog tak bagi tau. Alhamdulillah aku jumpa balik

      Padam
  2. tula ingtkn dh meninggalkan dunia perkambingan...rupanya tukar alamat blog..apepun smuga brjaya bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..i will be back..! xkambg tetap dihati..tq bro2 semua

      Padam