Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 30 April 2012

boer berkhasiat?

 



Permintaan bagi protein yang bermutu tinggi dengan salah satu pilihan adalah daging kambing Boer yang berkhasiat.

"Bagi mendapatkan daging kambing yang berkualiti, kambing Boer perlu mencapai piawaian yang ditetapkan.

"Antaranya kambing Boer perlu mempunyai banyak daging tanpa mengubah fungsi haiwan berkenaan," katanya.

Di Afrika Selatan, kambing Boer merayau antara 25 hingga 35 kilometer sehari bagi mendapatkan makanan.

Oleh kerana kambing bebas membuat pilihan makanan foraj yang terbaik dari kawasan ragutan semulajadi yang luas maka tumbesaran kambing sangat baik.

Menurut Malan, kambing Boer beliau boleh mencapai berat badan purata 35 kg pada umur tiga hingga empat bulan dan berat sehingga 100 kg apabila berumur setahun.

Beliau berkata, purata kenaikan berat badan harian kambing Boer yang baik boleh mencapai di antara 300 hingga 400 g sehari.

Bagi memulakan ladang stud, penternak tidak memerlukan kambing yang banyak, hanya sekurang-kurangnya 25 ekor betina dan seekor jantan.

Ladang stud akan diperiksa setiap dua tahun bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasanya kambing Boer stud mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bentuk kepala yang maskulin, dada yang bidang, badan yang panjang, paha yang besar dan kaki yang tegap.

[Sumber Berita : Utusan Malaysia ]

Baka Emas Industri Ternakan


 

 Ternakan kambing Boer berpotensi besar sebagai kambing pedaging kerana lebih menguntungkan dengan menghasilkan daging merah yang enak dan berkhasiat serta kandungan kolestrol lebih rendah daripada ayam.

Daging kambing juga boleh dimakan tidak kira bangsa dan mempunyai potensi besar. Industri tempatan hanya mempunyai kurang dari 300,000 ekor kambing dan hanya dapat menampung keperluan sara diri 10 peratus.

Kerajaan menyasarkan menjelang tahun 2015 dengan sasaran sara diri sebanyak 35 peratus atau satu juta induk kambing.

Kini, negara mengimport daging kambing bernilai RM150 juta setahun atau 25,000 tan metrik dan kebanyakannya adalah daging biri-biri dari Australia. Daging Boer juga sebenarnya boleh dikatakan tidak terdapat di pasaran.

Biasanya daging biri-biri import lebih murah tetapi mempunyai kolestrol yang tinggi.

Daging kambing Boer adalah eksklusif dengan harga yang tinggi dan tidak boleh bersaing dengan ayam.

Malah daging kambing Boer adalah sumber protein yang berkualiti dan pengguna bersedia untuk membayar walaupun harganya lebih mahal.

Begitupun, MARDI telah menjalankan banyak penyelidikan tetapi tahap pengeluaran daging kambing masih rendah.

''Masih banyak teknologi yang perlu dipindahkan kepada penternak sama ada kepada penternak ladang pengganda atau komersial,'' katanya.

Kerajaan melihat projek ternakan kambing Boer berupaya membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan ibu tunggal terutama dalam peringkat ternakan komersial.

MARDI bertindak sebagai nukleus yang terlibat dalam menjalankan kajian meningkatkan kualiti dan produktiviti bagi menghasilkan baka kambing Boer bermutu tinggi.

Sementara penternak pengganda akan terlibat dalam menggandakan bilangan baka kambing Boer bagi kegunaan penternak komersial.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

Bagaimanapun penternak yang terlibat perlu menjalankan operasi dengan kaedah yang betul bagi mendapat pendapatan yang lumayan.

"MARDI dan Marditech memainkan peranan dalam mengimport dan memberikan kursus berkaitan ternakan kambing," katanya.

Justeru MARDI baru-baru ini telah mendapatkan bantuan daripada pakar Boer Afrika Selatan bagi membantu meningkatkan kualiti ternakan.

mampu ganti tongkat ali?



 

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya.

Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak.


"Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim

"Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir lebih elok kita cuba (makan) kambing Boer, yang boleh mengawan sehingga 50 ekor pada satu-satu masa,” katanya ketika berucap di Seberang Jaya, dekat sini, semalam.


[Sumber Berita : Berita Harian - 25 Julai 2004 ]

PERATUSAN DARAH DALAM F1,F2,F3, SEHINGGA F5 UNTUK MENJADI PUREBLOOD

F1 = ½ or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland)
F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%
F7 = 127/128 or 99.22%
F8 = 255/256 or 99.61%
F9 = 511/512 or 99.80%
F10 = 1023/1024 or 99.90%
F11 = 2047/2048 or 99.95%
Untuk Mencapai F5 ia itu Pureblood anggaran mengambil masa selama 5 tahun lebih.

Kenali F1,F2,F3 dan seterusnya bagi kambing Boer.

Apa yang dikatakan F1, F2 F3 dan sebagainya


sumbangan dari blog: AgroNet Network
2. Kenali Boer

Ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross.
Boer Fullblood (FB) – adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor.
Boer F1 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor.
Boer F2 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1
Boer F3 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2
Boer F4 – adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3
Purebreed – adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.
Feral goat – adalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah.
Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu…

tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita


CIRI_CIRI khusus kambing jantan Boer terbaik adalah terbahagi kepada beberapa sudut :-

Leher pejantan perlu besar dan panjang. ini memberi jumlah daging yg banyak. jantan yg memiliki leher yg sebegini amat senang membesar jika nutrien nya cukup dan ketinggian nya menolongnya untuk kawin dengan lebih aggresive. Kaki serta bahagian depan badannya perlu lebih tinggi dari dari bahagian belakang. ini penting untuk memanjat dan mengawan Kambing betina tersebut. senang untuk melaraskan alat jantinanya dan kena tepat pada alat jantina si betina. Badan jantan perlu panjang, tidak lurus serta mesti ada curve pada pinggulnya yg sedikit menaik dari bahagian tengah badan. curve di bahagian pinggul itu perlu bulat jika dilihat dari sisi dan juga belakang kambing. perut tidak terlalu besar dan tidak bulat. ini satu ciri yg penting. pinggul yg sebegini memberikan lebih daging dan bahagian belakang ini mempunyai nilai yg tinggi jika kita jual on special cut. Perut yg besar serta bulat tidak mempunyai nilai2 komersial yg tinggi pasal tiada daging. cuma jumlah najis yg menurunkan peratus karkas



Fullblood,PureBlood dan Kacukan



Full-Blood :
Merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

Pure-Bred :
Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka ‘fullblood’ dan ‘pure-bred’ tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya .

Kacukan :
Merujuk kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir.

Maklumat lanjut tentang pendaharan boer adalah seperti berikut :-

F1 mengandungi 50% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendaharan boer
F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer
F5 mengandungi 96.87% pendarahan boer

Ahad, 29 April 2012

Bermula di sini...



Dalam paparan blog saya kali ini,saya ingin berkongsi sedikit perasaan atau luahan hati saya bersama pembaca semua terutama anak muda seusia yang mula-mula hendak berjinak dalam bidang penternakan yang bertajuk boergen villa.Apa kaitannya itu?Bukannya lagu spring atau saya nak berkongsi ilmu penternakan kambing tetapi saya ingin berkongsi apakah impian yang menjadi sebahagian cita-cita saya yang membuat saya mejadi keliru..

Bermula di sekolah menengah saya mengimpikan untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih bingung atau tercari-cari bidang apa yang baik di ceburi.Disebabkan pendedahan di rumah saya melihat usaha gigih orang tua saya dalam bidang pertanian  dan media massa menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang pertanian secara khususnya bidang penternakan kambing selepas pulih dari kemalangan ini.insya ALLAH,di samping saya mempunyai tanah yang terbiar milik keluarga saya.Lagi pun pepatah menyebut “berbudi pada tanah ada hasilnya”

sungguh pun saya seorang pemegang diploma mekatronik ,dan sempat belajar pada peringkat ijazah hanya semester kedua(transfer subject) sebelum berhenti dan kemalangan yang agak parah tetapi Saya memang pelik dari kawn-kawan yang lain di mana mereka mengimpikan pekerjaan di sektor-sektor pembuatan atau lain-lain industri di bandar.Berbeza dengan saya dimana mengimpikan mempunyai ladang kambing boer yang terdapatnya fullblood boer serta pureblood yang mantap-mantap belaka hanya bekerja mengeluarkan peluh di tempat yang kecil seperti di kampong atau pecan kecil sahaja.Untuk menjadi seorang usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana untuk berjaya kita terpaksa menghadapi pelbagai risiko menyebabkan kita akan mengalami pelbagai cabaran.Itulah kata-kata yang selalu terungkap dalam kata-kata usahawan yang telah berjaya.