Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 29 April 2012

Bermula di sini...



Dalam paparan blog saya kali ini,saya ingin berkongsi sedikit perasaan atau luahan hati saya bersama pembaca semua terutama anak muda seusia yang mula-mula hendak berjinak dalam bidang penternakan yang bertajuk boergen villa.Apa kaitannya itu?Bukannya lagu spring atau saya nak berkongsi ilmu penternakan kambing tetapi saya ingin berkongsi apakah impian yang menjadi sebahagian cita-cita saya yang membuat saya mejadi keliru..

Bermula di sekolah menengah saya mengimpikan untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih bingung atau tercari-cari bidang apa yang baik di ceburi.Disebabkan pendedahan di rumah saya melihat usaha gigih orang tua saya dalam bidang pertanian  dan media massa menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang pertanian secara khususnya bidang penternakan kambing selepas pulih dari kemalangan ini.insya ALLAH,di samping saya mempunyai tanah yang terbiar milik keluarga saya.Lagi pun pepatah menyebut “berbudi pada tanah ada hasilnya”

sungguh pun saya seorang pemegang diploma mekatronik ,dan sempat belajar pada peringkat ijazah hanya semester kedua(transfer subject) sebelum berhenti dan kemalangan yang agak parah tetapi Saya memang pelik dari kawn-kawan yang lain di mana mereka mengimpikan pekerjaan di sektor-sektor pembuatan atau lain-lain industri di bandar.Berbeza dengan saya dimana mengimpikan mempunyai ladang kambing boer yang terdapatnya fullblood boer serta pureblood yang mantap-mantap belaka hanya bekerja mengeluarkan peluh di tempat yang kecil seperti di kampong atau pecan kecil sahaja.Untuk menjadi seorang usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana untuk berjaya kita terpaksa menghadapi pelbagai risiko menyebabkan kita akan mengalami pelbagai cabaran.Itulah kata-kata yang selalu terungkap dalam kata-kata usahawan yang telah berjaya.



Tetapi bagi saya seorang muslim,kita perlulah tambahkan ia dengan sentiasa doa serta mengingati kepada yang Maha Esa supaya di murahkan rezeki ketika kita menjalankan sesuatu perniagaan


Impian yang saya ada itu membuatkan saya ingin berusaha untuk mencapai apa yang di impikan itu dengan menjadikan itu adalah cita-cita saya selepas pulih dari kemalangan ini .Saya bermula sifar kerana ibu bapa saya bukanlah berada di dalam golongan kaya raya dan bukan dari asas penternak .tetapi dengan penuh minat membuatkan langkah kanan di dahulukan dengan mengenali dunia penternakan kambing dengan membeli baka penjantan  dan membaca buku-buku mengenai kambing di internet serta hanya mengenali penternak melalui laman-laman blog sahaja membuatkan saya teruja untuk menternak boer.

1 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Selamat menternak dari penternak klang Selangor. Cuma saya dah bersara ternak kambing boer ni, baik pakai baka tempatan kambing kampung. Hehehe. Ingat cerita Pak Kaduk.


    Apa2 pun selamat berjaya diucapkan
    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    BalasPadam